Sunday, August 10, 2014

10 PERMAINAN YANG MUNGKIN TELAH DILUPAKAN DARI ZAMAN KANAK-KANAK

Terbayangkan hilai tawa dan riuh rendah kanak-kanak yang seronok bermain di halaman rumah suatu ketika dahulu pastinya membuat hati terusik untuk kembali ke zaman kegemilangan itu di mana munculnya banyak permainan yang direka untuk dimainkan. Hmmm...kanak-kanak zaman sekarang pula lebih suka bermain permainan melalui gajet terkini seperti Ipad dan telefon pintar yang terdapat banyak aplikasi permainan menarik makanya tidak hairanlah kehidupan mereka nampak membosankan dan paling penting tak best macam kita dulu...Sedihnya diorang ni tak tahu langsung main bende alah ni semua~ -_-

 Walaubagaimana canggih sekalipun permainan yang ada pada masa kini semuanya tidak dapat menandingi keseronokan bermain permainan tradisional yang lebih mencabar dan tidak akan pernah lapuk ditelan zaman. Antara 10 daripada permainan yang sangat popular masa cik kunang dengan geng kampung pisang pernah main suatu ketika dahulu adalah :

10. Congkak
- Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli yang diisi sama banyak. Terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Sebanyak lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai “kampung”dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai “rumah” .Permainan ini memerlukan dua orang pemain yang berkedudukan menghadap satu sama lain.




9.Batu seremban
Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

8.Galah panjang
Merupakan jenis permainan laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk mengalahkan pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Perlawanan di dalam permainan ini adalah berkonsepkan ‘Pertahan’ oleh satu regu dan ‘Penyerang’ oleh satu regu yang lain.
Permainan tradisional ini dimainkan diluar rumah kadang-kadang di atas jalan tar juga boleh. Kelakarnya bila bermain galah panjang ini mesti ada yang akan bergaduh sebagai tanda tidak berpuas hati dengan pihak lawan tapi mujur tidak lama kerana keesokannya pasti akan berbaik semula.

7. Baling selipar
Permainan baling selipar sama seperti permainan baling tin cuma ditukar kepada selipar. Tiga selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan. Namun hati-hati jangan menggunakan selipar yang tebal dan berat barangkali boleh mendatangkan bahaya kepada orang yang dibaling.

6. Nyorok-nyorok



Sorok-sorok atau juga dikenali sebagai aci sorok ialah sejenis permainan yang dimainkan dengan sebilangan pemain menyembunyikan diri mereka dalam had kawasan tertentu dan dicari oleh seorang atau lebih pencari. Ia boleh dimainkan oleh kanak-kanak dan ia amat mudah, tanpa had bilangan pemain dan tidak memerlukan peralatan. Lebih ramai yang bermain mendatangkan lebih keseronokan dan bertambah meriah lagi. Lazimnya siapa yang dapat menyorok paling lama dianggap pemenang

5. Zero point


Permainan lompat getah, juga disebut sebagai "lompat tali" dan "zero point"oleh masyarakat segelintir tempat, Memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pemain, iaitu seorang yang memegang hujung kanan getah dan seorang di hujung kiri getah, manakala seorang lagi sebagai orang yang akan melompat. Walau bagaimanapun, permainan akan lebih memyeronokkan jika lebih ramai yang bermain. Jika demikian, dua pasukan perlu dibentuk dan tiap-tiap pasukan perlulah dilantik ketua atau "ibu" yang akan memulakan permainan apabila tiba giliran.


4. Masak-masak

Kanak-kanak perempuan memang suka permainan masak-masak ini. Konon-kononnya pandai memasak jadi masing-masing tunjuk kehebatan dalam bidang masakan. Tapi sebenarnya mereka hanya memasak daun-daun dan tumbuh-tumbuhan yang dikutip di sekitar halaman rumah dan peralatan memasak hanya tempurung kelapa atau bekas-bekas tin yang sudah dibuang. Biasanya pasti akan ada penjual dan pembeli dalam permainan ini.

3. Yoyo



Permainan tradisional Yoyo, siapa yang belum pernah melihatnya? Pasti hampir semua orang pernah melihat atau bahkan pernah memainkan permainan tradisional Yoyo ini. Ya, Yoyo memang sebuah permainan kanak-kanak, namun sekarang ini kita lihat pemain Yoyo juga ada dari kalangan orang dewasa. Yoyo adalah sebuah alat permainan yang terdiri dari 2 bahagian cakera yang berbentuk bundar kecil. Kedua buah cakera ini saling menempel dengan sebuah celah sempit di antaranya. Pada celah sempit di tengah yang menghubungkan dua cakera ini diikat dengan seutas tali. Tali ini biasanya sepanjang sekitar 1 meter dan di hujung satunya biasanya dikaitkan ke jari tangan. Kemudian buah Yoyo dilemparkan ke bawah. Dengan sedikit sentakan tali ke arah atas, maka Yoyo yang sedang berputar di bawah akan naik ke atas dengan sendirinya. 

2. Teng-teng
 Kebiasaannya permainan ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana permainan ini tidak begitu lasak dan hanya menggunakan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang kecil sahaja. Teng-teng hanya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Sekiranya lebih,ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk bermain kerana hanya dimainkan di kawasan yang bersaiz kecil sahaja.

1. Guli

Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

 Sebenarnye banyak lagi pemainan jenis lain selain daripada ni... Kalo nak tulis semua memang tak laratla...mungkin cik kunang akan kongskan di entry lain pulak..
Kesimpulannya, agak-agak korang pernah tak main permainan ni semua?Sape-sape yang pernah merasa hidup tahun 90 an mesti pernah kot~ Akhir kata jom memartabatkan permainan tradisional kita!!Arghh...mood semangat nak merdeka...

                                                                                     Sumber gambar: Pak Cik Google..hehe









2 comments:

  1. semua ni mama pernah main, tapi anak mama sekarang... tak dapat main, kesian dorang..

    ReplyDelete
  2. rindu kan mama nak main mainan ni semua~ tulah dak2 zaman sekarang asyik duk dalam rumah je kan x macam kite dulu2...hihi..nanti mama ajaklah anak mama main batu seremban ke...mesti diorang seronok~ ^_^

    ReplyDelete