Monday, August 11, 2014

Kisah Lalat yang Menginsafkan



Ada seekor lalat berdekatan dapur. Saya

menghalaunya

"Shuh shuh nak masak ni."

Tetapi dia enggan beredar. Namun bila sahaja
saya memetik api dapur, lalat itu terus terbang,
kepanasan barangkali.
Setelah mencampurkan semua bahan masakan,
saya sengaja membuka penutup kuali dan
mengibas-ngibas aroma masakan ke arah lalat itu.

"Bau sedap dak? Mai la sini rasa."

Lalat itu sedikit pun tidak menghiraukan saya. Dia
berterusan memusing lampu dapur mengikut arah
lawan jam, seakan bertawaf.
Tiba-tiba saya tersentap.
Lalat itu tahu walaupun dia memang inginkan
makanan tersebut, tetapi jika dia menghampirinya
ia akan membawa kepada kecelakaan terhadap
dirinya, jadi dia menahanan nafsunya. Kita ni
manusia dah tau dah benda tu tak elok untuk diri
kita, tapi masih juga buat. Nampaknya sistem nilai
lalat ini lagi rasional dari kita (saya).

Kemudian lalat itu hinggap di bahu kanan saya.
Dia perlahan-lahan berjalan ke arah telinga
sambil membisikkan sesuatu. Saya cuba
menangkap suara yang maha rendah itu.

"Bukan zebab panaz, hang mazak tak sedapzz."        









cilok dari

mat_luthfi90@yahoo.com


1 comment:

  1. Assalam. Anda di tag! =)

    http://coretancikfafa.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete