Monday, June 23, 2014

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWERS BUAT BLOGGERS BARU

Assalamua'laikum sahabat semua... Sambil cik kunang layan lagu Maher Zain bertajuk Ramadhan (memang terasa seronoknya berapa hari nak masuk bulan puasa) dan tengah berblog walking dekat blog orang terjumpa satu segmen ni iaitu SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER..memandangkan cik kunang pon masih baru bergelar blogger dan follower pon tak ramai lagi so tergerak hati juga nak buat segmen ini...






Tak banyak syarat pon nak join segmen ini di blog cik kunang..Korang just perlu

1)Klik banner yang bergerak-gerak kat atas atau tepi ini..
2) Jadi follower cik kunang yang paling bahagia
3)Dan kemudian cik kunang juga akan jadi follower sahabat2 (sweet kan?)

P/s: Sokongan sahabat-sahabat sangat diharapkan untuk menjayakan segmen ini sekaligus membantu sahabat-sahabat blogger yang lain terutama buat blogger-blogger baru macam cik kunang..Semoga Allah sahaja mampu membalas jasa sahabat...Sambung layan lagu tadi...Ramadahan~Ramadhan~ku mohon usah pergi.....



Wednesday, June 18, 2014

KOLEKSI GAMBAR PELIK DAN LAWAK

Salam kawan2 yang tengah sibuk study tu jangan stress2 okay...ape kate kita layan dulu gambar lawak dan pelik kat sini..hahaha...sakit perut cik kunang bila tengok.....



1)  Tarik jangan tak tarik.....yaa... 



                                                                     2) Nak bawak pegi mana tu????                                       


3) Pencarian duta produk syampu Sunsilk...
hahaha











4) Ouch...banyak sangat ker kutu saya mak??hehe..

 5) Cara terbaik mengelakkan selipar dari dicuri adalah
     menguncinya skali dengan mangga..huhu


6) peace....okay, cantekk...nt upload kat FB..haha..TERbaikk

Monday, June 16, 2014




SEBARANG PERTANYAAN ATAU INGIN MEMBUAT PEMBELIAN BOLEH MENGHUBUNGI:

SMS/ WHATSSAPP: 019-3831098 (MISS ATIQAH)

EMEL: atiqahsairi92@gmail.com

FACEBOOK: Murahshop 





RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Salam kawan2...cik kunang rase nak share resepi yg mudah dan sedap la ari ni..Puding Roti Karamel Spesial..teringat mase bulan pose taun lepas, cik kunang duk kat kampus ngn kawan kitorg wt kje part time  mse tu... buat puding ni lam periuk nasi jer sbb xd dapur gas kan...tapi menjadi jugak..waahh..lame asenye x makan..nak tahu cara wat puding ni so kenala bace entry ni smpai habis...

Resepi : Puding Roti Karamel
Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti 
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul dan di tapis
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat -
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara 
  1. Cara membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam).
  4. Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan

Tadaa...senang je kan...pas ni bleh la buat sendiri tau kat rumah.~   :)..Selamat Mencuba..

JUALAN HARI RAYA 2014!

Mari belanja dan raya sakan di blog cik kunang...Memandangkan bulan Syawal (banyakla, pose pon x lagi...hehe) x lama dah, korang boleh lah nak order baju atau dress, tudung, shawl terbaru dari koleksi butik Chenta Boutique  kakak cik kunang ni...apa yang penting semuanya sesuai untuk wanita muslimah yang idamkan dress yang anggun serta menutup aurat. Bagusnya adalah ia menepati keselesaan si pemakai...

Jangan takut, cik kunang merupakan agen dropship yg boleh dipercayai...InsyaAllah tiada unsur penipuan dalam bisnes online cik kunang ni...

1) CANDY DRESS.
    - FULL LINING 
      (Ada getah di pinggang)
      - Sesuai utk preggy mom
    - FREE SIZE (FIT S TO L)
    - PRICE: RM 90 FREE POSTAGE

    SMS 019-3831098 TO ORDER.








2) DRESS    (Cantek sangat dress ni...>_<)
   - FULL LINING 
     (Ada getah di pinggang)
   - Sesuai utk preggy mom
   - FREE SIZE (FIT S TO L)
   - PRICE: RM 90 FREE POSTAGE

     SMS 019-3831098 TO ORDER



3) NUHA DRESS
(Nursing Friendly)

MATERIAL: LYCRA
COLOR: Dark Purple, Magenta, Black, Soft Pink, Tosca, Grey.
SIZE: S, M, L, XL

Measurement (cm):
S - bahu: 36, dada: 92, pinggang: 72, punggung: 94, panjang tangan: 54, Labuh: 131.
M - bahu: 38, dada: 94, pinggang: 76, punggung: 98, panjang tangan: 55, Labuh: 133.
L - bahu: 40, dada: 98, pinggang: 80, punggung: 102, panjang tangan: 57, Labuh: 135.
XL - bahu: 42, dada: 100, pinggang: 84, punggung: 106, panjang tangan: 59, Labuh: 138.

PRICE: RM 90 + Free Shawl + Free Postage!! 
sms segera: 019-3631098


50 sen vs RM50

Pada satu hari, duit syiling 50 sen bertemu dengan kawan lamanya, duit kertas RM50. Dek terlalu sibuk bermusafir ke sana-sini, bertukar-tukar tangan, mereka jarang bersua. Apa tidaknya, wang kertas RM50 itu sakan berjalan, sampailah ke luar negara ia pergi. Manakal duit syiling 50 sen, hanya mampu duduk dalam negara sahaja.





Wang kertas RM50 yang baru pulang dari London ditegur oleh duit syiling 50 sen yang dikenalinya itu di satu pesta membeli-belah di ibu kota baru-baru ini 

"Assalamuaikum. Hai, apa khabar, lama x jumpa awak", sapa duit syiling 50 sen

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat, tapi penatlah sedikit. jawab wang kertas RM50

"Kenapa pula penat?"

"Aku ni, serata dunia pergi. Jepun, China, Amerika, Indonesia, Singapura, Thailand dan banyak lagilah. Masuk hotel, pasar raya, pawagam, dan macam-macam tempat.

"Ha, kau pula macam mana sekarang ni? Kini giliran wang kertas Rm50 pula bertanya khabar wang syiling 50 sen.

'' Hmm, aku macam dulu jugaklah! Masuk masjid, tandas awam, kedai runcit. Keluar tandas awam balik, masuk masjid balik. Aku ni tak pernah dapat merasa ke luar negara macam kau."

"Oh, begitu".

Mereka diam seketika. Sambil-sambil memandang gelagat pembeli yang sedang berebut-rebut membeli belah.


"Eh...kau bila lagi nak masuk masjid?" Tiba-tiba duit syiling 50 sen bertanya memecahkan kesepian. Wang kertas RM 50 menoleh memandang duit syiling 50 sen, kelu seketika.


"Kenapa engkau tanya aku pula, tanyalah orang ramai yang membeli- belah tu." Serentak mereka tersenyum, senyum bermakna.




Sunday, June 15, 2014

Cerita si Kunang-kunang



Pada masa pekatnya hitam menguasai malam, si kunang-kunang menghadirkan setitik cahaya. Ia menyalakan cahayanya meskipun tidak terang benderang namun sudah cukup untuk menggantikan cahaya sang bulan yang malap dan samar-samar di balik awan.

Mungkin betul, dia tidak dapat menerangi dunia dengan hanya satu titik cahaya. Tetapi dia tidak pernah berputus asa. Dia sentiasa cuba untuk sekurang-kurangnya membuang perasaan takut akan malam yang gelap gelita. Mengikis putus asa yang telah terukir di dada. Walaupun cahayanya malap, ia kekal. Si kunang-kunang tetap percaya bahawa walaupun hanya satu titik cahaya yang dia mampu untuk menghantar, tetapi ia memberi makna yang sangat banyak. Semuanya bergantung kepada persepsi siapa yang melihatnya.

Bagiku, walaupun sang lilin mampu menghasilkan sebahagian cahaya cerah tetapi lihatlah bagaimana akhir ceritanya. Ia mengeluarkan cahaya dengan mencederakan dirinya sendiri. Dan sudah tentu dia akan binasa dan terpadam juga apabila badannya tidak lagi dapat menahan kesakitan. Apabila ianya berlaku kegelapanlah yang menguasai semula, menguasai kerapuhan hati. Seperti kunang-kunang, dia tidak perlu menderita untuk membawa cahaya. Dia tidak memerlukan menzalimi dirinya malah tetap rendah hati  untuk menerangi pekatnya malam, menghapus kerapuhan hati Walaupun malap, tetapi tidak mengapa dia tetap terus mencuba.


Terbanglah wahai si kunang-kunang bersama sejuta kunang-kunang yang lain, bersatu melawan kelam sang magenta malam. Itulah makna sebuah kebersamaan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Jangan pernah  berputus asa, bangkit dan kuat! Aku tahu, sesungguhnya kebersamaan ini mampu menjadi kekuatan tersendiri.