Tuesday, August 26, 2014

ANJING YANG SETIA

Lihatlah dengan mata hati...Kesedihan terpancar di wajah haiwan yang tidak berakal ini kerana tuannya yang buta hati..  be strong my dear~ *_* ~ bergenang dah air mata ni, sensitif betol dengan benda2 cam ni...naluri kebinatangan memang sudah sebati dalam diri ini....jngn salah tafsir pula maksud kebinatangan tu...hehehe...

            KISAH ANJING YANG DIBUANG TUANNYA NAMUN TETAP MENUNGGU....



















                                p/s: Sayangilah setiap makhluk yang bernama haiwan~

" MINI MERDEKA GIVEAWAY"



Assalamua'laikum W.B.t...Jumpa lagy sahabat2 semua di entry baru setelah lame tak mengupdate blog lewat kbelakangan ini~ >_<..

Semangat sambut Merdeka berkobar-kobar bila terjumpa 'GIVEAWAY YANG SUPERB" ni...mau taknye ADE HADIAH2 MENARIK~ nak tau hadiahnye???tadaaa... KLIK banner Comel kt Bawah ni n JOIN... 


~ KLIK CNI YER SAHABAT2~


                                  ------------> Tag tuk korang sahabat2 saya:   

                                                         AYU INSYIRAH
                                                             MAMANIZA
                                                           FADZI RAZAK

                                                         
                                                         
                                           

                                               
P/s: Tolong-menolong amalan mulia.... >_<.....terima kaseh pada sahabat2 yg telah wish besday semalam n mendoakan segala kebaikan untuk sy,,,Jazakumullahu khairal jazak~

Thursday, August 14, 2014

~ Segmen blogwalking merdeka bersama AYU INSYIRAH ~

Salam Jumaat semua....

Hari ni cik kunang nak kongsi satu segmen (Segmen Ogos 2014) dari blog AYU INSYIRAH yang begitu menarik perhatian cik kunang untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat...




Saya juga anak merdeka! KLIK  sini untuk join...

Jangan lupa untuk follow blog simple cik kunang-kunang ini..Selamat Berblogwalking Merdeka~ *_* ~


P/s: Jom perbanyakkan selawat ke atas Nabi dan jangan lupa mengamalkan surah Al-Kahfi..<3

Monday, August 11, 2014

Kisah Lalat yang Menginsafkan



Ada seekor lalat berdekatan dapur. Saya

menghalaunya

"Shuh shuh nak masak ni."

Tetapi dia enggan beredar. Namun bila sahaja
saya memetik api dapur, lalat itu terus terbang,
kepanasan barangkali.
Setelah mencampurkan semua bahan masakan,
saya sengaja membuka penutup kuali dan
mengibas-ngibas aroma masakan ke arah lalat itu.

"Bau sedap dak? Mai la sini rasa."

Lalat itu sedikit pun tidak menghiraukan saya. Dia
berterusan memusing lampu dapur mengikut arah
lawan jam, seakan bertawaf.
Tiba-tiba saya tersentap.
Lalat itu tahu walaupun dia memang inginkan
makanan tersebut, tetapi jika dia menghampirinya
ia akan membawa kepada kecelakaan terhadap
dirinya, jadi dia menahanan nafsunya. Kita ni
manusia dah tau dah benda tu tak elok untuk diri
kita, tapi masih juga buat. Nampaknya sistem nilai
lalat ini lagi rasional dari kita (saya).

Kemudian lalat itu hinggap di bahu kanan saya.
Dia perlahan-lahan berjalan ke arah telinga
sambil membisikkan sesuatu. Saya cuba
menangkap suara yang maha rendah itu.

"Bukan zebab panaz, hang mazak tak sedapzz."        









cilok dari

mat_luthfi90@yahoo.com


Sunday, August 10, 2014

ARTIKEL CIK KUNANG KELUAR BH..Alhamdulillah~

Nak ceritanya~ cik kunang kena buat esaimen bagi subjek com. yg mana kena memublishkan 2 artikel di mana-mana surat khabar tempatan bagi memperoleh markah untuk subjek berkenaan....hantar punya hantar 1 pon x publish lg...orang lain da ramai yang publish...rase malaz dah nak menulis sebab xde idea dah nak tulis ape...30 markah beb! N then buat kali yg ke 7 nya dan ke lastnya barulah artikelku diterbitkan...itupun 3 hari sebelum last date dan 2 minggu lepas final exam..fuh...lega rase n syukur sebab nk gak diorg publish artikel cik kunang...n syukur jugak sebab lecturer pon bagi full mark even 1 artikel je yang keluarnya mebi sebab beliau tengok effort tuh yg hanto bebanyak kot...ape2 pon rase sonok la sebb ade name kta dalam surat khabar tu...hehe...walaupun x penuh 1 page tapi sekurang-kurangnya usaha penulisan cik kunang ini dapat memberi mesej berguna dan berunsur dakwah untuk masyarakat di luar sana...siap kerat untuk kenangan..blurr plak gambar ni...hehe..

                          








                                   
                                         p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal~ *_* ~

10 PERMAINAN YANG MUNGKIN TELAH DILUPAKAN DARI ZAMAN KANAK-KANAK

Terbayangkan hilai tawa dan riuh rendah kanak-kanak yang seronok bermain di halaman rumah suatu ketika dahulu pastinya membuat hati terusik untuk kembali ke zaman kegemilangan itu di mana munculnya banyak permainan yang direka untuk dimainkan. Hmmm...kanak-kanak zaman sekarang pula lebih suka bermain permainan melalui gajet terkini seperti Ipad dan telefon pintar yang terdapat banyak aplikasi permainan menarik makanya tidak hairanlah kehidupan mereka nampak membosankan dan paling penting tak best macam kita dulu...Sedihnya diorang ni tak tahu langsung main bende alah ni semua~ -_-

 Walaubagaimana canggih sekalipun permainan yang ada pada masa kini semuanya tidak dapat menandingi keseronokan bermain permainan tradisional yang lebih mencabar dan tidak akan pernah lapuk ditelan zaman. Antara 10 daripada permainan yang sangat popular masa cik kunang dengan geng kampung pisang pernah main suatu ketika dahulu adalah :

10. Congkak
- Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli yang diisi sama banyak. Terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Sebanyak lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai “kampung”dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai “rumah” .Permainan ini memerlukan dua orang pemain yang berkedudukan menghadap satu sama lain.




9.Batu seremban
Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

8.Galah panjang
Merupakan jenis permainan laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk mengalahkan pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Perlawanan di dalam permainan ini adalah berkonsepkan ‘Pertahan’ oleh satu regu dan ‘Penyerang’ oleh satu regu yang lain.
Permainan tradisional ini dimainkan diluar rumah kadang-kadang di atas jalan tar juga boleh. Kelakarnya bila bermain galah panjang ini mesti ada yang akan bergaduh sebagai tanda tidak berpuas hati dengan pihak lawan tapi mujur tidak lama kerana keesokannya pasti akan berbaik semula.

7. Baling selipar
Permainan baling selipar sama seperti permainan baling tin cuma ditukar kepada selipar. Tiga selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan. Namun hati-hati jangan menggunakan selipar yang tebal dan berat barangkali boleh mendatangkan bahaya kepada orang yang dibaling.

6. Nyorok-nyorok



Sorok-sorok atau juga dikenali sebagai aci sorok ialah sejenis permainan yang dimainkan dengan sebilangan pemain menyembunyikan diri mereka dalam had kawasan tertentu dan dicari oleh seorang atau lebih pencari. Ia boleh dimainkan oleh kanak-kanak dan ia amat mudah, tanpa had bilangan pemain dan tidak memerlukan peralatan. Lebih ramai yang bermain mendatangkan lebih keseronokan dan bertambah meriah lagi. Lazimnya siapa yang dapat menyorok paling lama dianggap pemenang

5. Zero point


Permainan lompat getah, juga disebut sebagai "lompat tali" dan "zero point"oleh masyarakat segelintir tempat, Memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pemain, iaitu seorang yang memegang hujung kanan getah dan seorang di hujung kiri getah, manakala seorang lagi sebagai orang yang akan melompat. Walau bagaimanapun, permainan akan lebih memyeronokkan jika lebih ramai yang bermain. Jika demikian, dua pasukan perlu dibentuk dan tiap-tiap pasukan perlulah dilantik ketua atau "ibu" yang akan memulakan permainan apabila tiba giliran.


4. Masak-masak

Kanak-kanak perempuan memang suka permainan masak-masak ini. Konon-kononnya pandai memasak jadi masing-masing tunjuk kehebatan dalam bidang masakan. Tapi sebenarnya mereka hanya memasak daun-daun dan tumbuh-tumbuhan yang dikutip di sekitar halaman rumah dan peralatan memasak hanya tempurung kelapa atau bekas-bekas tin yang sudah dibuang. Biasanya pasti akan ada penjual dan pembeli dalam permainan ini.

3. Yoyo



Permainan tradisional Yoyo, siapa yang belum pernah melihatnya? Pasti hampir semua orang pernah melihat atau bahkan pernah memainkan permainan tradisional Yoyo ini. Ya, Yoyo memang sebuah permainan kanak-kanak, namun sekarang ini kita lihat pemain Yoyo juga ada dari kalangan orang dewasa. Yoyo adalah sebuah alat permainan yang terdiri dari 2 bahagian cakera yang berbentuk bundar kecil. Kedua buah cakera ini saling menempel dengan sebuah celah sempit di antaranya. Pada celah sempit di tengah yang menghubungkan dua cakera ini diikat dengan seutas tali. Tali ini biasanya sepanjang sekitar 1 meter dan di hujung satunya biasanya dikaitkan ke jari tangan. Kemudian buah Yoyo dilemparkan ke bawah. Dengan sedikit sentakan tali ke arah atas, maka Yoyo yang sedang berputar di bawah akan naik ke atas dengan sendirinya. 

2. Teng-teng
 Kebiasaannya permainan ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana permainan ini tidak begitu lasak dan hanya menggunakan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang kecil sahaja. Teng-teng hanya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Sekiranya lebih,ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk bermain kerana hanya dimainkan di kawasan yang bersaiz kecil sahaja.

1. Guli

Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

 Sebenarnye banyak lagi pemainan jenis lain selain daripada ni... Kalo nak tulis semua memang tak laratla...mungkin cik kunang akan kongskan di entry lain pulak..
Kesimpulannya, agak-agak korang pernah tak main permainan ni semua?Sape-sape yang pernah merasa hidup tahun 90 an mesti pernah kot~ Akhir kata jom memartabatkan permainan tradisional kita!!Arghh...mood semangat nak merdeka...

                                                                                     Sumber gambar: Pak Cik Google..hehe









Monday, June 23, 2014

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWERS BUAT BLOGGERS BARU

Assalamua'laikum sahabat semua... Sambil cik kunang layan lagu Maher Zain bertajuk Ramadhan (memang terasa seronoknya berapa hari nak masuk bulan puasa) dan tengah berblog walking dekat blog orang terjumpa satu segmen ni iaitu SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER..memandangkan cik kunang pon masih baru bergelar blogger dan follower pon tak ramai lagi so tergerak hati juga nak buat segmen ini...






Tak banyak syarat pon nak join segmen ini di blog cik kunang..Korang just perlu

1)Klik banner yang bergerak-gerak kat atas atau tepi ini..
2) Jadi follower cik kunang yang paling bahagia
3)Dan kemudian cik kunang juga akan jadi follower sahabat2 (sweet kan?)

P/s: Sokongan sahabat-sahabat sangat diharapkan untuk menjayakan segmen ini sekaligus membantu sahabat-sahabat blogger yang lain terutama buat blogger-blogger baru macam cik kunang..Semoga Allah sahaja mampu membalas jasa sahabat...Sambung layan lagu tadi...Ramadahan~Ramadhan~ku mohon usah pergi.....



Wednesday, June 18, 2014

KOLEKSI GAMBAR PELIK DAN LAWAK

Salam kawan2 yang tengah sibuk study tu jangan stress2 okay...ape kate kita layan dulu gambar lawak dan pelik kat sini..hahaha...sakit perut cik kunang bila tengok.....



1)  Tarik jangan tak tarik.....yaa... 



                                                                     2) Nak bawak pegi mana tu????                                       


3) Pencarian duta produk syampu Sunsilk...
hahaha











4) Ouch...banyak sangat ker kutu saya mak??hehe..

 5) Cara terbaik mengelakkan selipar dari dicuri adalah
     menguncinya skali dengan mangga..huhu


6) peace....okay, cantekk...nt upload kat FB..haha..TERbaikk

Monday, June 16, 2014




SEBARANG PERTANYAAN ATAU INGIN MEMBUAT PEMBELIAN BOLEH MENGHUBUNGI:

SMS/ WHATSSAPP: 019-3831098 (MISS ATIQAH)

EMEL: atiqahsairi92@gmail.com

FACEBOOK: Murahshop 





RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Salam kawan2...cik kunang rase nak share resepi yg mudah dan sedap la ari ni..Puding Roti Karamel Spesial..teringat mase bulan pose taun lepas, cik kunang duk kat kampus ngn kawan kitorg wt kje part time  mse tu... buat puding ni lam periuk nasi jer sbb xd dapur gas kan...tapi menjadi jugak..waahh..lame asenye x makan..nak tahu cara wat puding ni so kenala bace entry ni smpai habis...

Resepi : Puding Roti Karamel
Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti 
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul dan di tapis
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat -
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara 
  1. Cara membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam).
  4. Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan

Tadaa...senang je kan...pas ni bleh la buat sendiri tau kat rumah.~   :)..Selamat Mencuba..

JUALAN HARI RAYA 2014!

Mari belanja dan raya sakan di blog cik kunang...Memandangkan bulan Syawal (banyakla, pose pon x lagi...hehe) x lama dah, korang boleh lah nak order baju atau dress, tudung, shawl terbaru dari koleksi butik Chenta Boutique  kakak cik kunang ni...apa yang penting semuanya sesuai untuk wanita muslimah yang idamkan dress yang anggun serta menutup aurat. Bagusnya adalah ia menepati keselesaan si pemakai...

Jangan takut, cik kunang merupakan agen dropship yg boleh dipercayai...InsyaAllah tiada unsur penipuan dalam bisnes online cik kunang ni...

1) CANDY DRESS.
    - FULL LINING 
      (Ada getah di pinggang)
      - Sesuai utk preggy mom
    - FREE SIZE (FIT S TO L)
    - PRICE: RM 90 FREE POSTAGE

    SMS 019-3831098 TO ORDER.








2) DRESS    (Cantek sangat dress ni...>_<)
   - FULL LINING 
     (Ada getah di pinggang)
   - Sesuai utk preggy mom
   - FREE SIZE (FIT S TO L)
   - PRICE: RM 90 FREE POSTAGE

     SMS 019-3831098 TO ORDER



3) NUHA DRESS
(Nursing Friendly)

MATERIAL: LYCRA
COLOR: Dark Purple, Magenta, Black, Soft Pink, Tosca, Grey.
SIZE: S, M, L, XL

Measurement (cm):
S - bahu: 36, dada: 92, pinggang: 72, punggung: 94, panjang tangan: 54, Labuh: 131.
M - bahu: 38, dada: 94, pinggang: 76, punggung: 98, panjang tangan: 55, Labuh: 133.
L - bahu: 40, dada: 98, pinggang: 80, punggung: 102, panjang tangan: 57, Labuh: 135.
XL - bahu: 42, dada: 100, pinggang: 84, punggung: 106, panjang tangan: 59, Labuh: 138.

PRICE: RM 90 + Free Shawl + Free Postage!! 
sms segera: 019-3631098


50 sen vs RM50

Pada satu hari, duit syiling 50 sen bertemu dengan kawan lamanya, duit kertas RM50. Dek terlalu sibuk bermusafir ke sana-sini, bertukar-tukar tangan, mereka jarang bersua. Apa tidaknya, wang kertas RM50 itu sakan berjalan, sampailah ke luar negara ia pergi. Manakal duit syiling 50 sen, hanya mampu duduk dalam negara sahaja.





Wang kertas RM50 yang baru pulang dari London ditegur oleh duit syiling 50 sen yang dikenalinya itu di satu pesta membeli-belah di ibu kota baru-baru ini 

"Assalamuaikum. Hai, apa khabar, lama x jumpa awak", sapa duit syiling 50 sen

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat, tapi penatlah sedikit. jawab wang kertas RM50

"Kenapa pula penat?"

"Aku ni, serata dunia pergi. Jepun, China, Amerika, Indonesia, Singapura, Thailand dan banyak lagilah. Masuk hotel, pasar raya, pawagam, dan macam-macam tempat.

"Ha, kau pula macam mana sekarang ni? Kini giliran wang kertas Rm50 pula bertanya khabar wang syiling 50 sen.

'' Hmm, aku macam dulu jugaklah! Masuk masjid, tandas awam, kedai runcit. Keluar tandas awam balik, masuk masjid balik. Aku ni tak pernah dapat merasa ke luar negara macam kau."

"Oh, begitu".

Mereka diam seketika. Sambil-sambil memandang gelagat pembeli yang sedang berebut-rebut membeli belah.


"Eh...kau bila lagi nak masuk masjid?" Tiba-tiba duit syiling 50 sen bertanya memecahkan kesepian. Wang kertas RM 50 menoleh memandang duit syiling 50 sen, kelu seketika.


"Kenapa engkau tanya aku pula, tanyalah orang ramai yang membeli- belah tu." Serentak mereka tersenyum, senyum bermakna.




Sunday, June 15, 2014

Cerita si Kunang-kunang



Pada masa pekatnya hitam menguasai malam, si kunang-kunang menghadirkan setitik cahaya. Ia menyalakan cahayanya meskipun tidak terang benderang namun sudah cukup untuk menggantikan cahaya sang bulan yang malap dan samar-samar di balik awan.

Mungkin betul, dia tidak dapat menerangi dunia dengan hanya satu titik cahaya. Tetapi dia tidak pernah berputus asa. Dia sentiasa cuba untuk sekurang-kurangnya membuang perasaan takut akan malam yang gelap gelita. Mengikis putus asa yang telah terukir di dada. Walaupun cahayanya malap, ia kekal. Si kunang-kunang tetap percaya bahawa walaupun hanya satu titik cahaya yang dia mampu untuk menghantar, tetapi ia memberi makna yang sangat banyak. Semuanya bergantung kepada persepsi siapa yang melihatnya.

Bagiku, walaupun sang lilin mampu menghasilkan sebahagian cahaya cerah tetapi lihatlah bagaimana akhir ceritanya. Ia mengeluarkan cahaya dengan mencederakan dirinya sendiri. Dan sudah tentu dia akan binasa dan terpadam juga apabila badannya tidak lagi dapat menahan kesakitan. Apabila ianya berlaku kegelapanlah yang menguasai semula, menguasai kerapuhan hati. Seperti kunang-kunang, dia tidak perlu menderita untuk membawa cahaya. Dia tidak memerlukan menzalimi dirinya malah tetap rendah hati  untuk menerangi pekatnya malam, menghapus kerapuhan hati Walaupun malap, tetapi tidak mengapa dia tetap terus mencuba.


Terbanglah wahai si kunang-kunang bersama sejuta kunang-kunang yang lain, bersatu melawan kelam sang magenta malam. Itulah makna sebuah kebersamaan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Jangan pernah  berputus asa, bangkit dan kuat! Aku tahu, sesungguhnya kebersamaan ini mampu menjadi kekuatan tersendiri.