Monday, June 16, 2014

50 sen vs RM50

Pada satu hari, duit syiling 50 sen bertemu dengan kawan lamanya, duit kertas RM50. Dek terlalu sibuk bermusafir ke sana-sini, bertukar-tukar tangan, mereka jarang bersua. Apa tidaknya, wang kertas RM50 itu sakan berjalan, sampailah ke luar negara ia pergi. Manakal duit syiling 50 sen, hanya mampu duduk dalam negara sahaja.





Wang kertas RM50 yang baru pulang dari London ditegur oleh duit syiling 50 sen yang dikenalinya itu di satu pesta membeli-belah di ibu kota baru-baru ini 

"Assalamuaikum. Hai, apa khabar, lama x jumpa awak", sapa duit syiling 50 sen

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat, tapi penatlah sedikit. jawab wang kertas RM50

"Kenapa pula penat?"

"Aku ni, serata dunia pergi. Jepun, China, Amerika, Indonesia, Singapura, Thailand dan banyak lagilah. Masuk hotel, pasar raya, pawagam, dan macam-macam tempat.

"Ha, kau pula macam mana sekarang ni? Kini giliran wang kertas Rm50 pula bertanya khabar wang syiling 50 sen.

'' Hmm, aku macam dulu jugaklah! Masuk masjid, tandas awam, kedai runcit. Keluar tandas awam balik, masuk masjid balik. Aku ni tak pernah dapat merasa ke luar negara macam kau."

"Oh, begitu".

Mereka diam seketika. Sambil-sambil memandang gelagat pembeli yang sedang berebut-rebut membeli belah.


"Eh...kau bila lagi nak masuk masjid?" Tiba-tiba duit syiling 50 sen bertanya memecahkan kesepian. Wang kertas RM 50 menoleh memandang duit syiling 50 sen, kelu seketika.


"Kenapa engkau tanya aku pula, tanyalah orang ramai yang membeli- belah tu." Serentak mereka tersenyum, senyum bermakna.




No comments:

Post a Comment