Monday, June 16, 2014

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Salam kawan2...cik kunang rase nak share resepi yg mudah dan sedap la ari ni..Puding Roti Karamel Spesial..teringat mase bulan pose taun lepas, cik kunang duk kat kampus ngn kawan kitorg wt kje part time  mse tu... buat puding ni lam periuk nasi jer sbb xd dapur gas kan...tapi menjadi jugak..waahh..lame asenye x makan..nak tahu cara wat puding ni so kenala bace entry ni smpai habis...

Resepi : Puding Roti Karamel
Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti 
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul dan di tapis
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat -
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara 
  1. Cara membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam).
  4. Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan

Tadaa...senang je kan...pas ni bleh la buat sendiri tau kat rumah.~   :)..Selamat Mencuba..

1 comment: